Pages

Friday, November 18, 2011

ada apa dgn puan

ada apa dengan puan?


teringat masa pergi praktikum haritu.. praktikum sebulan selepas berkahwin.


hari pertama pergi daftar, jumpa dengan penolong kanan 1.. dia amik details nama aku n kawan aku.. pastu die tanya dari mana.. aku ckp la IPGKTI.. pastu kitorg dibawa pergi ke dewan.. yelah isnin kan ada perhimpunan.. 


pengetua xde.. jadi penolong kanan tu yang bg speech..
die pun kenalkan aku n kawan kt dpn perhimpunan. she said my name with "Cik" in front..aku pun bangun je la.. rasanya xda masalah pun kan...


lepas habis perhimpunan tu, aku dibawa ke pejabat then dia suruh isi nama n no phone kat kerani tu..


tetiba dia tanya: norazah, awak puan ke cik?


aku tersipu-sipu (cehhh..) jawab puan.


dapat rasa kerani depan aku masa tu terkejut.. dia kata kecik nya rupanye dah kahwin..
pastu penolong kanan tu mintak maaf sbb kenalkan diri cik tadi.. die perasan sebab ada inai kat jari masa aku tulis tu..


haha. i think no big deal kot??


pastu hari kedua- hari selasa.. setiap pagi ada meeting pagi kt bilik guru.. hari tu penolong kanan tu nak suruh aku tlg jagakan kelas tambahan after waktu sekolah.. aku rasa cam die nk bagi announcement satu dunia...


" guru praktikum kite, PUAN NORAZAH akan menggantikan kelas tambahan 5SN1.."


argh cikgu2 lain sume cam terkejot.. after meeting tu, cikgu2 tu duk tanye2 da kahwin ke.. 


argh mgkin nmpak muda kot sume tak caya da kawen. kecik sgt ke aku ni? haha


blum masuk kelas lg, diorang nye trend akan bg salam disertakan nama cikgu..


diorg sume greet cik norazah..


tak lama tu ada la student ni tanya : cikgu ni cik ke puan? 
haha soklan sama.. aku jawab la puan.. 
sejak dari tu diorg greet aku dengan puan..


argh janggalnyaaa
aku rasa cam tak selesa bila perkataan "PUAN" digempar-gempurkan.. rasa segan pun ada..


kadang2 gi jalan2 pun ade je org ckp puan.. then kawan aku sorg ni gelak sbb org tu panggil die dik.. cesss
kat dahi ni aku rasa cam ade perkataan LOSER..haha


satu hari, aku diminta utk tlg sorg cikgu ni utk jadi judger pertandingan koir sempena hari merdeka.. die pun nak bagi surat lantikan untuk jadi judger tu.. die pun tulis besar2 kepada PUAN NORAZAH....


aku ckp takyah la tulis puan cikgu..hehe


pastu die pn bg sedas dua


dia kata kenapa.. bangga ape jadi puan. perempuan ni kalu dah kahwin, bertukar status jadi PUAN bangga tau.. tu identiti tau..


hahhahaha..
bangga ke? ok la bangga sbb dah menyempurnakan separuh dr agamaku..


tp korg tau kenapa aku segan?
sbb persekitaran aku, kawan2 aku sume belum kawen lagi.. bestfriend aku pun single lg.. tp dah nk kawen la..tp after abis kpli ni bila la kitorg nk berjumpa lg kan..


segan weh sbb bila dah kahwin ni ada perubahan berlaku dlm hidup aku
dari segi perbualan
dari segi berfikir
dari segi perlakuan
dan apa2 yang berlaku aku akan utamakan suami dahulu
tapi benda2 ni takda dalam dunia orang single.. aku pun dah melalui zaman ke'single'an aku dan ia dah pun berakhir..


dan kadang2 aku rasa cam terawang2 jgk sbb takde sapa yang berada dlm kapal yg sama utk aku share.. yelah, sometimes kite nak bincang or nk share bende2 org dah kawen ni..kegembiraan or apa2 jela after get married kan..tp takda sapa la plak..kalu aku ckp ngn org single, msti x best, sbb diorg x paham apa yg kite rasa..sure diorg tercengang2..haha


tp skrg ni dah adapt la siket ngn gelaran PUAN tu. yes im  mrs ab rahman.. i admit it..hehe


nota kaki: masih ada inai di jari kaki, boleh dikira pengantin baru jugak kan?? sekarang ni musim cuti sekolah, musim mengawan dah tiba, ramai la pengantin2 baru kan.. tp aku pengantin baru jgk, sbb kitorg x duduk sama selama 4 bln ok!!! haha

Thursday, November 17, 2011

date to remember

masih lagi nk post pasal date cantik2.. hahaha tp this time nak share date2 istimewa dalam hidup..ikut kronologi masa

31 March 1986 - tarikh lahir mr husband

6 September 1988 - tarikh lahir aku



3 May 2009 - tarikh ulangtahun bercinta setelah setahun berkawan



16 November 2009 - tarikh kami berjumpa buat pertama kali kat KLIA. he accompanied me until my brother picked me up. this date jugak my husband started his first day in proton as engineer. smlm dah genap 2 tahun dia bekerja.. alhamdulillah he suits himself working in the environment there..


15 Disember 2010 - my 1st graduation as a bachelor graduate..



1 Januari 2011 - setahun kemudian, kami pun melangsungkan pertunangan.  :))



4 Jun 2011 - tarikh di mana kami disatukan dengan ikatan pernikahan. this date is my real anniversary. count it for the rest our live. may our love has no end.



ada satu lagi date: 8 Jun 2011.. date apa tu..hahahaha. entah la ek..huhu

so recall la date2 yang penting dalam hidup anda.. remember the date should not be a nice number but it brings unforgettable memories is more important

Saturday, November 12, 2011

4/6/11 pun cantik jgk!!

sempat plak buat post baru dlm blog musim exam ni..hihiihhihi.. ala pulun teruk sgt pun bkn gune pon..rilek sudehhh..hihi


erm arini sume org duk canang pasal date 11/11/11
ada apa dgn date tu


sama je!!!! xde pape pun!!!
aku duduk dalam bilik menghadap buku jgk!!
bukannya hari ni aku tunang pun
bukannya hari ini aku nikah pun
bukannya hari ini aku disahkan pregnant pun
bukannya hari ini aku beranak pon..


hahaha


takda pun.
none of above is happening today


btw dulu aku bertunang pun tarikh cantik jgk
1.1.11
cantik jgk apa!!


hahaha
tapi date hanyalah date
takda makna pun


bukan 11/11/11 je cantik, 4/6/11 pun cantik jgk!!!!
hahaha


sebab apa cantik?
sebab tu tarikh nikah
tarikh disatukan dengan pasangan
sbb tu jugak no plate kete den..
hahahaha


ramai org nikah harini.. pening la siapa nak datang kenduri mana satu.. kalau aku nak date cantik ni utk nikah pun boleh, tapi tak sanggup la nak tunggu lama2 utk kahwin. penyeksaan tau! hahahaha
baik kahwin cepat2
seronok
hahahahhaha


mungkin date ini istimewa untuk org yg bernikah & beranak hari ini.
aku tak rasa pape tp diorg mungkin rasa pape..hehe


so what is your date?

Monday, October 17, 2011

kenapa saya takda rezeki lg?

saya pun tak tau


itu luar dari bidang kuasa aku


itu kerja Dia


mungkin ada hikmah di sebaliknya


tapi kadang2 aku terfikir kenapa


pernah terbaca satu artikel yang mengatakan


perempuan yang berkat itu cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan rendah maharnya.


bila dibaca banyak kali ayat ni. aku rasa sedih.. hurm. adakah aku perempuan yang kurang berkat.


nak cakap kahwin cepat mungkin takdelah cpt sgt. get married at age of 23. ada org lagi awal dari aku.
nak cakap mas kahwin aku tinggi. rendah je. 22.50 je. tak mahal. kalu duit belanja kahwin abah cuma minta 10k sahaja untuk support aku yg belum bekerja ni n even belum habis belajar pun atas keredhaan suami..itu semua yang aku plan semua sederhana je kot. mana ada buat grand2 kat dewan berhabis puluhan ribu. TAKDA.. sebab aku tau aku tak mampu. lain la kalau ada org kaya nak support perbelanjaan kahwin tu. tp memang TIADA.


tp ayat kedua tu yg buat aku rasa sedih. seolah-olah aku rasa seperti dunia mentertawakan aku.
sedih
lagi-lagi bila ramai tanya pasal tu
how supposed i have to answer that kind of question?
jawapan favourite aku  "oh saya sedang berkpli".


kadang-kadang aku rasa malu jugak dengan jiran2, makcik2, kawan2 yang selalu bertanya tu..
dan kadang-kadang aku terfikir macamana org boleh dapat anak cepat sangat?? kahwin2 je dah dapat anak.
lagi satu yang pelik. lepas anak satu dpt lagi satu lepas tu satu lg.. anak tak sampai setahun dah ada anak lain menunggu.. macam mana tuuuuu.. tolong ajar siket..haha


dah 4 bulan kahwin. n 4 bulan jgk usia kandungan kawan2 yang kahwin sama dengan aku..huhuhu.
aku satu bulan pun tarak..haha..
tak tau nak gelak ke nak sedih ni..haha


kalau org tanya lg soalan sama bulan dpn, takkan aku nak jawab jawapan yg sama kot
aaaa tensen jgk la pasal ni
dari kecik ke besar, i will always get lucky.but not this time


ya memang awal2 kahwin dlu aku takut termengandung. so aku buat satu tembok antara aku dan suami supaya takda apa2 berlaku. tapi bila dah ada naluri, tak dapat plak. is that a curse or what??


tapi pokoknya semua adalah rezeki Dia kan.
tahniah pada siapa yang baru kahwin n dah pregnant pun.
YOU are so LUCKY.


mungkin aku belum cukup sedia kot. Allah knows more.
aku kene belajar jadi isteri yg baik yg sentiasa menyenangkan suami dlu. isteri yg bertanggungjawab etc
on top of that, we have to move in together first. and that will be possible after i finish my KPLI


petikan artikel dr ustaz hasrizal ni sedikit sebanyak mengambarkan perasaan aku.. perkahwinan jarak jauh


insyaAllah..amin. la tahzan

kenapa saya takda rezeki lg?

saya pun tak tau

itu luar dari bidang kuasa aku

itu kerja Dia

mungkin ada hikmah di sebaliknya

tapi kadang2 aku terfikir kenapa

pernah terbaca satu artikel yang mengatakan

perempuan yang berkat itu cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan rendah maharnya.

bila dibaca banyak kali ayat ni. aku rasa sedih.. hurm. adakah aku perempuan yang kurang berkat.

nak cakap kahwin cepat mungkin takdelah cpt sgt. get married at age of 23. ada org lagi awal dari aku.
nak cakap mas kahwin aku tinggi. rendah je. 22.50 je. tak mahal. kalu duit belanja kahwin abah cuma minta 10k sahaja untuk support aku yg belum bekerja ni n even belum habis belajar pun. itu semua yang aku plan semua sederhana je kot. mana ada buat grand2 kat dewan berhabis puluhan ribu. TAKDA.. sebab aku tau aku tak mampu. lain la kalau ada org kaya nak support perbelanjaan kahwin tu. tp memang TIADA.

tp ayat kedua tu yg buat aku rasa sedih. seolah-olah aku rasa seperti dunia mentertawakan aku.
sedih
lagi-lagi bila ramai tanya pasal tu
how supposed i have to answer that kond of question?
jawapan favourite aku hanya oh kpli mana boleh pregnant.

Thursday, October 13, 2011

cerita akad nikah

Saja nak mengimbau kenangan lama...

Pagi Sabtu 4 Jun 2011, seawal 8 pagi, aku dah mempersiapkan diri, sempat breakfast berat2 sebelum diandamkan.. kalau dah start make up sure susah nak makan. malam sebelumnya memang susah giler nak tido. nasib aku dah pakai inai siap2..malam tu tergolek kanan tergolek kiri, mata susah nak lelap, duk memikirkan esok apa la yang terjadi nnt.. duk fikir jugak nervesnya, betul ke esok..betul ke..fikiran kacau..sempat la msg en fiance masa tu ( now my husband) and cakap all the best esok. tak tahu pukul bapa mata baru terlelap. pagi2 dah bangun dah, solat subuh dan mata takleh nak lelap sikit pun.. baring-baring jela sampai pukul 7.30.mandi2 dan breakfast. mak andam datang dalam pukul 8. dalam sejam jgklah beliau ambil masa untuk make up and pakaikan aksesori. dalam 9lebih baru la ready everything.duduk tenang2 ambil2 gambar pastu abang cakap dalam 9.40 kita gerak dari rumah. encik photographer pun dah ready kt masjid. sampai sana tengok2 pihak lelaki belum pun sampai. aik. pelik gak la masa tu sebab en fiance msg everyone dah ready dah.. call2 tak dapat pun. mujur tok kadi tak datang lg.  try call banyak kali last-last baru dapat. tu pun adik dia angkat. kate baru sampai tempat parking, ada kekalutan tadi. dalam kol 10 gak la pihak lelaki baru nak sampai. so time tu tengah rush takdalah tanya apesal kalut. dalam 10.20 baru tok kadi tu datang.

woooaaah time tu nervous tak terkata....hahahaha..nasib baik ada best friend dari zaman sekolah datang duduk sebelah, hilang siket la perasaan nervous tu..

mula2 tok kadi kumpulkan IC and isi maklumat2 saksi akad, saksi pihak perempuan dan pihak lelaki,wali, pengantin perempuan dan lelaki. Lepastu abah n tok kadi tu dtg dekat aku untuk buat akad penyerahan kuasa menikahkan dari wali kepada tok kadi.

tok kadi tanya: Norazah Abd Shukor, saya ingin menikahkan anda dengan Ab Rahman Mohd Nooh, setuju atau tidak??

hahaha soalan genting tu..

lepas tu tok kadi tu suruh sign agreement nikah dan abah bacakan akad penyerahan kuasa tu..



setel satu benda.

lepastu tok kadi kembali ke tempat duduk dia dan start baca khutbah nikah. memang panjang berjela-jela tapi menusuk di hati.. meremang bulu roma masa tu..huhuhu

selesai khutbah, tok kadi pun bagi soalan cepumas pada my becoming husband masa tu.

Soalan 1: berapa rukun nikah dan sebutkannya
Soalan 2: berapa orang saksi akad

ceh tengok dia confident gile jawab.



then this is the most important thing:

akad nikah


Aku terima nikah Norazah Binti Abdul Shukor dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai


hihihi. selamat dinikahkan dalam 10.40 pagi camtu..


then, ada bacaan taklik oleh suami dan isteri, penyerahan tanggungjawab ibu bapa pengantin perempuan kepada suami. hoho time ni syahdu la rasanya.. dah sah jadi isteri orang dan bukan lagi bawah ibu bapa lagi. rasanya tak cukup bermanja lagi dengan mak dan abah. sebab rasa lama sangat merantau.. but Allah knows what is the best.. semoga ikatan in memberi sinar baru dalam hidup aku dan suami.

lastly ada penyerahan maskahwin kepada isteri. mak suruh simpan duit maskahwin tu. but i think, daripada simpan je note note duit tu yang hanya sekeping kertas, aku guna duit tu dan beli gold earing. at least i have something valuable to keep  kan.


dan aku dapat seutas gelang hadiah perkahwinan dari si suami. thanks love



bermula lah episodku sebagai seorang isteri.


to be continued..

oh btw kekalutan yang menyebabkan husband lambat dtg masjid tu sebab sepupu dia termasukkan kaki dalam lubang tandas. disebabkan kecomelan mangsa, kaki beliau tidak berjaya dikeluarkan memaksa orang sekeliling menghubungi bomba untuk memecahkan tandas tersebut. sekian terima kasih.. hahaha lawak tol :P

Tuesday, October 11, 2011

Rahsia di sebalik bulu kening

1. bulu kening bertemu di tengah (bersambung)

  • gemar mengambil tahu hal remeh temeh
  • emosional
  • kuat berfikir dan cemburu
  • perlukan seseorang yang selalu bagi  semangat dan kongsi masalah
  • gemar membantah


2. bulu kening tidak teratur dan liar

  • cepat terburu-buru
  • kurang berhemah
  • sering terbabit dalam pertengkaran kerana campur tangan dalam urusan org lain


3. bulu kening lurus

  • gagah
  • suka berdebat


4. bulu kening melengkung

  • antara individu yang suka menghiburkan org lain


5. bulu kening tipis

  • tahap keyakinan diri yg rendah
  • ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri


6.bulu kening tebal

  • org yg gemarkan aktiviti lasak dan mengembara
  • sukar untuk setia pada pasangannya
  • banyak berceloteh




so, whats yours?

Weekend, Wife and Wedding

Minggu ni kami balik Kluang.. kelas ada sampai hari selasa je. rabu tu dah cabut balik kluang and waiting for my husband balik hari jumaat malam tu... semangat tunggu and its wonderful feeling waiting ur husband every week.. hihihih.. hari jumaat tu sementara nk tunggu hubby sampai, sempat tgk cerita johny english kt tv3. cerita tu memang menyakitkan hati.. rasa geram je tengok cerita tu..haha.. 11.55pm he safely arrived, pergi la amik, mak abah time tu dah tidur dah... balik2 tu suruh dia mandi sebab dari tempat kerja terus pecut naik bas.. pastu tanya nak makan nasi ke.. (tanya buat syarat je,tau takkan makan punye tengah2 malam tu, isteri mithali la katakan.. haha) 

esok paginya bangun buatkan sosej roll. belajar dari kawan.. semangat masuk dapur.. dari hari rabu duduk rumah tak pernah pegang sudip pun..semua tunggu mak masak. yelah, kononnye balik rumah nak makan mak masak la..haha.. sosej roll tu senang je.. 

anda perlukan:
1. roti
2. sosej
3. sedikit tepung jagung dibancuh air
4.telur 
5. tepung kentucky

langkah 1: rebus sosej. pastu belah dua sosej tersebut
langkah 2: pecah telur dan kacau macam anda buat telur dadar
langkah 3: letakkan tepung kentucky dalam pinggan lain
langkah 4: ambil roti dan penyekkan roti tersebut sehingga nipis.. guna sudip pn boleh..kalau roti tebal tak sedap sangat bila gulung2
langkah 5: letak sosej yang dipotong tadi dalam roti dan gulung.
langkah 6: pada hujung roti calit siket tepung jagung tu untuk bagi dia lekat
langkah 7: panaskan kuali
langkah 8: celupkan roti dalam telur, sapukan pada tepung kentucky dan goreng dalam kuali..

SIAP! haha senang kan. makan 3 sosej roll tu dah kenyang cam buaya dah..huhu

tengahari tu kami pi main wet world kt batu pahat. saja buang masa dari duduk je kt rumah. so hubby ajak pi situ..sebab dulu pernah ajak gi situ tapi masa tak mengizinkan..

tak la sehebat sunway lagoon tp bolehla nk chill out siket.. ada gelongsor yang tak perlu pakai tiub.. tp 2x je naik. sebab takut.. asal turun dr gelongsor menjerit2.. bdk kecik pn tak camtu..takot kot..haha..  pastu hubby pn tak ajak naik dah..duk la bawah air terjun.. pastu hubby mengidam makan megi plak sejuk2 tu.. gi la teman makan megi..tumpang la sekaki dua megi die tu..haha

ptg plak gi ziarah rumah pak su..

lepas magrib gi kluang mall tgk samsung galaxy ace... hihi.. bile nak angkat 1 ni abg oi

best dpt jalan2.. selalu duk umah je.. nak pergi mana2 pn mcm xda hala tuju..