Pages

Monday, November 29, 2010

Finally...

Finally, after ages of waiting, i got my flight ticket.. sangat senang hati ok..aaaaa rasa mcm nak nangis je..

dpt emel dr officer td, masa nk bukak tu, dub dab dub dab. mmg berdebar giler.. takot application tak diapprove atau ade problem2 lain..

Alhamdulillah, semuanya smooth

cuma skrg risau satu jeee

RESULT

ya Allah, takutnye.. will i pass the exam? will i be able to graduate?

tolong doakan kawan2 moga2 takda aral yg menghalang ;(

insyaAllah amin...

Michiko Pieces

Saturday, November 20, 2010

aidiladha 1431H

bangun subuh pukul 5, tersambung tido dan terlajak. tengok2 dah pukul 7.30am. patut nak pergi solat raya pukul 8. siap2 apa yg patut terus pergi.. sempat minum nescafe.. nk breakfast pun takda apa kt dapur :(
pergi dgn harapan akan ada makanan kt sana nnt.. tp hampa.. pergi dengan perut kosong, balik pun kosong jugak.. balik2, kene anta kawan pergi airport, dia nak balik bercuti. tinggal la kami berdua dlm rumah ni. lepas tu, terus bukak drawer tgk benda apa boleh dimasak. kalau ikutkan hati, nak makan maggie je.. tapi daif sangat.. hurm.. ada nasi himpit, instant soto, rendang.. masak jela..  pastu jemput jiran sebelah makan.. diorang pun takde masak apa2.. itulah kisah sadis raya korban kali ni..

 Michiko Pieces

Wednesday, November 10, 2010

collection of cards

i have started to pack things up, throw things out and put things in boxes.. dah start cuti ni, kemas la siket2 kan.. banyak rupenye barangku..haha..dulu ms mule2 fly bawak 20kg je.. aaaa.. buku dah 2 kotak, belum tgk baju lagi..haha.. sambil2 kemas selak barang2 personal.. baca balik kad2 lama..tersenyum sorang2.. kad birthday dari kawan2, kad dari tersayang, kad raya dari mak dan abah...


ni antara kad2 yang dikumpul sepanjang 3 tahun di new zealand.. wah x sabarnye nk ada rumah sendiri, leh susun2 kad2, personal items dlm rak.. sweet memories as student.. blum lg kenangan masa zaman sekolah, plkn dan masa kt uniten.. banyak kot.. semuanya tersimpan rapi dalam kotak kat kampung :)


p/s: hobi baru nampaknya..haha
Michiko Pieces

Monday, November 8, 2010

25 things to know

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random  things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 20 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. If I tag you, its because I want to know more about you.


sorry yer cik yanie kite.. tag dah lama tp baru sekarang berkesempatan nk buat.. baru lepas abis exam la katakan.. so nak memecahkan kepala cari 25 benda pasal diri sendiri plak.. aiyoyo.. nak tulis ape ni?


1. nama sejak lahir - Norazah binti Abdul Shukor
 
2. born in a big family - 12 siblings and im the youngest

3. anak jati johor - lahir, tinggal dan bersekolah di johor except  form 4 and 5 lari keluar dr johor ke terengganu..

4.tak tahan sejuk. walaupun pilih utk belajar di negara 4 musim..tp sengsara pagi2 wooo.. even kat malaysia pn, sgt takut mandi pagi2 buta..nnt badan mengigil2..dulu2 masa kat umah, jerang air panas before mandi..bile dah masuk asrama, tuhan saja yg tahu kesengsaraan masa pagi2.. tp skrg da ade air panas, so ok la..

5.suka warna purple dan pink.. kalu bukak closet, kebanyakkannya baju warna tu je. esp. baju kurung.. dah mcm xde kaler lain da.. seumur hidup ada 1 je baju kurung warna biru

6. my interest is mathematics, my strength is calculus. i can do pure mathematics but i cant perform well

7. kerjaya pilihan dari kecik memang nk jadi cikgu. org kate rendahnya cita2.. tp i managed to prove yg walaupun nak jadi cikgu, tp jalan yg diambil penuh dgn liku2..mcm nk jadi engineer plak kan..

8.terpilih utk mengikuti PLKN kat kem semarak, pahang selama 2 bulan 2 minggu.. mula2 memang x suke, tp lepas tamat latihan, sgt appreciate pengalaman itu

9.pernah pergi semua negeri di Malaysia kecuali Pulau Pinang, Kedah dan Sabah

10. attended preparation for overseas students kat UNITEN. 2 sem makanan diberi mcm anak emas. makanan sedap2.. tp lepas makan, masuk kelas ngantuk jeee.. sem terakhir pilih utk diberi elaun makanan.. makanan ruji masa tu adalah NASI GORENG CINA.. tu je tau order

11. sangat suke makan nasi goreng, laksa penang dan keropok lekor

12. sangat suke tengok video klip kat tv.. tak pernah jemu..

13. pakai cermin mata secara rasmi sejak dari darjah 6

14. bersekolah agama sehingga darjah 6 dan kemudian sambung darjah khas tapi tak ambil exam. bila mak tanya kenapa tak pergi exam. jawapan yg paling terbaik seumur hidup - sebab belajar nk ilmu je, bukan nak exam.. haha..padahal malas nk hafal hadis 40 dgn terjermahan..hehe

15. memiliki lesen full untuk motor & kereta. kereta pertama yg dimiliki adalah honda civic

16. belaja kt oversea tp my english does not improve better and my malay becomes worst. dont ask me to write a formal letter in BM!

17. pengalaman bekerja - cashier, tuition teacher, housekeeper, cleaner, stock taking and traffic counting

18. i aim myself to get married at age of 23. now i am 22.. thats next year, do you think i can achieve it? aaaa

19.  cepat risau dan cepat terganggu, tak senang duduk if something cross my mind until i get it solved

20. tak makan ikan sungai. bukan alergic, tp x suke.. hanyir

21. tak suke duduk kampung, mengambil masa agak lama utk menyesuaikan diri di rumah org

22. fobia dengan pihak berkuasa - polis, immigresen etc sbb selalu tgk cite real2 polis kt tv, bila nampak diorang rasa nervous kot2 kite ada salah nnt kene tahan..huhu

23. memiliki handset dan nombor sendiri buat pertama kali adalah selepas SPM, duit sendiri ok! baru berjinak2 dgn sistem pesanan ringkas masa tu. no pertama saya 0127536153 ( tak kisah nk share kt sini sebab no tu dah lame expired lepas study oversea..haha)

24. antara handset yg pernah dimiliki mengikut turutan masa dibeli: Nokia 2310 (my 1st handset!), Nokia 7610, Nokia 3310, Nokia 3120, Sony Ericsson W580i, Sony Ericsson C510 dan Sony Ericsson W200i. currently pakai dua yg terakhir tu.

25. suke tido. suke makan. suke tengok tv. tp badan tak gemuk2 jugak.. banyak cacing ni..haha

penat ok pikir 25 bende ni.. sape2 terbace, kalu suke challenges, help yourself yer, huhu..

Michiko Pieces