Pages

Thursday, October 13, 2011

cerita akad nikah

Saja nak mengimbau kenangan lama...

Pagi Sabtu 4 Jun 2011, seawal 8 pagi, aku dah mempersiapkan diri, sempat breakfast berat2 sebelum diandamkan.. kalau dah start make up sure susah nak makan. malam sebelumnya memang susah giler nak tido. nasib aku dah pakai inai siap2..malam tu tergolek kanan tergolek kiri, mata susah nak lelap, duk memikirkan esok apa la yang terjadi nnt.. duk fikir jugak nervesnya, betul ke esok..betul ke..fikiran kacau..sempat la msg en fiance masa tu ( now my husband) and cakap all the best esok. tak tahu pukul bapa mata baru terlelap. pagi2 dah bangun dah, solat subuh dan mata takleh nak lelap sikit pun.. baring-baring jela sampai pukul 7.30.mandi2 dan breakfast. mak andam datang dalam pukul 8. dalam sejam jgklah beliau ambil masa untuk make up and pakaikan aksesori. dalam 9lebih baru la ready everything.duduk tenang2 ambil2 gambar pastu abang cakap dalam 9.40 kita gerak dari rumah. encik photographer pun dah ready kt masjid. sampai sana tengok2 pihak lelaki belum pun sampai. aik. pelik gak la masa tu sebab en fiance msg everyone dah ready dah.. call2 tak dapat pun. mujur tok kadi tak datang lg.  try call banyak kali last-last baru dapat. tu pun adik dia angkat. kate baru sampai tempat parking, ada kekalutan tadi. dalam kol 10 gak la pihak lelaki baru nak sampai. so time tu tengah rush takdalah tanya apesal kalut. dalam 10.20 baru tok kadi tu datang.

woooaaah time tu nervous tak terkata....hahahaha..nasib baik ada best friend dari zaman sekolah datang duduk sebelah, hilang siket la perasaan nervous tu..

mula2 tok kadi kumpulkan IC and isi maklumat2 saksi akad, saksi pihak perempuan dan pihak lelaki,wali, pengantin perempuan dan lelaki. Lepastu abah n tok kadi tu dtg dekat aku untuk buat akad penyerahan kuasa menikahkan dari wali kepada tok kadi.

tok kadi tanya: Norazah Abd Shukor, saya ingin menikahkan anda dengan Ab Rahman Mohd Nooh, setuju atau tidak??

hahaha soalan genting tu..

lepas tu tok kadi tu suruh sign agreement nikah dan abah bacakan akad penyerahan kuasa tu..



setel satu benda.

lepastu tok kadi kembali ke tempat duduk dia dan start baca khutbah nikah. memang panjang berjela-jela tapi menusuk di hati.. meremang bulu roma masa tu..huhuhu

selesai khutbah, tok kadi pun bagi soalan cepumas pada my becoming husband masa tu.

Soalan 1: berapa rukun nikah dan sebutkannya
Soalan 2: berapa orang saksi akad

ceh tengok dia confident gile jawab.



then this is the most important thing:

akad nikah


Aku terima nikah Norazah Binti Abdul Shukor dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai


hihihi. selamat dinikahkan dalam 10.40 pagi camtu..


then, ada bacaan taklik oleh suami dan isteri, penyerahan tanggungjawab ibu bapa pengantin perempuan kepada suami. hoho time ni syahdu la rasanya.. dah sah jadi isteri orang dan bukan lagi bawah ibu bapa lagi. rasanya tak cukup bermanja lagi dengan mak dan abah. sebab rasa lama sangat merantau.. but Allah knows what is the best.. semoga ikatan in memberi sinar baru dalam hidup aku dan suami.

lastly ada penyerahan maskahwin kepada isteri. mak suruh simpan duit maskahwin tu. but i think, daripada simpan je note note duit tu yang hanya sekeping kertas, aku guna duit tu dan beli gold earing. at least i have something valuable to keep  kan.


dan aku dapat seutas gelang hadiah perkahwinan dari si suami. thanks love



bermula lah episodku sebagai seorang isteri.


to be continued..

oh btw kekalutan yang menyebabkan husband lambat dtg masjid tu sebab sepupu dia termasukkan kaki dalam lubang tandas. disebabkan kecomelan mangsa, kaki beliau tidak berjaya dikeluarkan memaksa orang sekeliling menghubungi bomba untuk memecahkan tandas tersebut. sekian terima kasih.. hahaha lawak tol :P

No comments: