Pages

Wednesday, June 22, 2011

Reception at Maran

Majlis Sambut Menantu
Maran, Pahang, 11 Jun 11



























Michiko Pieces

Tuesday, June 21, 2011

Reception at Kluang

Majlis Resepsi 5 Jun 11























Michiko Pieces

Outdoor Photoshoot

12noon, 4Jun11, sekitar bandar Kluang










Michiko Pieces

wedding photos from unofficial photographers

Akad Nikah
10.30pg, 4 Jun 11 di Masjid Al- Iqram, Taman Sri Kluang









Michiko Pieces

something to share

lame agaknye tak update blog ni.. hihi..bz kemain lg..skrg ni free plak bile masuk sem baru ni..

btw saya telah pun selamat diijabkabulkan dengan suami saya pada 4 Jun 2011 aritu.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..


kali ini nak post n share pasal my wedd prep aritu.. just utk guideline sape2 yg bakal berkahwin utk dapatkan roughly idea mcamana nak start for 1st step.

belanja kahwin mmg banyak. walaupun buat simple je.. n thanks pada my sis yg tolong uruskan hampir semua my wedd prep sebab adik dia bz sangat berkpli..huhu


1. kursus kahwin - 120 untuk seorang(johor). adalah digalakkan kepada pasangan lelaki utk berkursus di tempat pasangan perempuannya bg memudahkan proses permohonan nikah anda memandangkan anda akan bernikah di tempat perempuan.

2. belanja nikah - nak beli borang nikah (tak ingat berapa ringgit - rasanye 15 ringgit), duit kadi 100, duit saksi dua orang - rm10 each

3.kad kahwin - saya tempah 1000 pcs..500 belah perempuan 500 belah lelaki..1 pcs 25sen+ design(rm50)..total 300

4.katering - majlis belah saya guna katering je. satu kepala 8 ringgit ade 8 lauk ( nasi minyak ,daging kari, ayam msk merah, ayam goreng, sayur arca, puding, air 3 jenis, buah2an). bajet untuk 700 org + 200 ringgit utk meja beradab. total rm5800

5. kanopi -  bentuk piramid, siap dengan kipas, lampu, meja dan alas, kerusi, meja beradab. tempah utk 3 kanopi. 1 kanopi 250 total 750

6. kompang - 150 ringgit

7. kendarat - kendarat utk taman tak available, diorg bercuti g langkawi.. jadi terpaksa amik kendarat taman lain. bayaran rm150

8. andaman - promote my makcik andaman - keris sanggul bridal ( cari kt facebook dan like!) kebetulan makcik andaman tu mak kepada kawan..so dpt la harga murah siket.. lengkap semua - 3 pasang baju sanding+ 1 pasang baju nikah,  make up 2x, hiasan bilik, hiasan meja beradab, pelamin dan aksesorinya, pintu gerbang, duit minyak( sbb diorg berpusat di parit raja) total rm1610

9. cake - 3 tingkt, setiap tgkat flavour berlainan dengan dilapisi bluberry layer, luar diliputi cream bese je( cake bukan fondant) rm200 + 15 duit delivery n pemasangan kek..total 215

10. door gift - akak pilih bahulu sebesar pinggan utk diberi kepada tetamu, siap dengan kotaknya.. tempah 700.. 1pcs rm1.80. total rm 1260.. door gift utk kanak2 - disponsor oleh kakak. door gift utk sedara mara ade 50pek - dlm ade poutpouri, bahulu kecil dan cupcake (cupcake 1.20/pcs)

11. telur bunga paha- 2 paha utk belah perempuan, 1 paha untuk dibawak ke majlis sambut menantu.. 180bijik telur - disponsor oleh abahku


12. belanja2 kecil - bunga mangga, plastik, soletip etc.. dalm 300 ringgit

13.photographer - book Izphotography. pakej D + duit minyak 60 ringgit

14. cadar kahwin - rm300

15- hantaran kahwin - tak terkira coz beli siket2 so tak terasa keluar duit tu.. perfume utk hantaran lelaki dan perempuan beli kat nz sbb murah.. bg 11 dulang : (sirih, coklat, buah, sejadah, baju melayu, cupcakes, wallet+belt, kasut, bunga rampai, perfume, jam) dibalas 9 ( telekung, sirih, perfume, handbag, kasut, buah, pudding, 2 dulang langkah bendul (kain ela dan sepasang baju melayu)

belanja kawen mmg lebih dr hantaran kawen dari pihak lelaki tetapi saya kahwin tanpa berhutang sesapa pun..ada guna duit sendiri n duit salam dari tetamu yang hadir dan dpt cover evetything..even duit yg mak dahulukan pun dah terbayar..alhamdulillah rezeki saya..

kenduri sambut menantu belah lelaki - jimat sebab rewang- upah tukang masak n beli2 barang basah je.. andaman 500 je -baju, pelamin, sekali make up. bilik dihiasi oleh mak mertua (kebetulan beliau adalah tukang jahit), kanopi ada 7 termasuk khemah utk masak2..1 kanopi 160 sekali ngn skirting.. so total sume dalam 3k-5k.

tu je kot ingt..memandangkan cerita prep ni mcm da basi gak..dah nk  3minggu saya kawen..lupe da la siket2..hihi.. selamat merancang ye.. bijak merancang, jgn sampai hutang keliling pinggang tergadai harta benda lepass renjis merenjis nnt.. :))

gmba akan diupload in next post

Thursday, March 31, 2011

HAPPY BIRTHDAY

di kesempatan ini
saya
nak
mengucapkan
selamat
hari 
lahir
buat
tunang 
saya.
tahun 
ini 
saya
berkesempatan
untuk
menyambut
hari 
31 Mac
di Malaysia
setelah
sekian 
lama 
kami 
duduk 
berjauhan.
walau bagaimanapun
kami 
tak 
dapat
celebrate
sama2
sebab
dia di sana
dan 
saya di johor
tak kisahlah
:)


Friday, March 4, 2011

struktur kpli

kali ni nak cerita benda2 yg dipelajari semasa KPLI ni untuk panduan rakan2 yang ade intention untuk memohon KPLI satu hari nanti..

struktur kursus perguruan  KPLI ni ade 5 part:
  1. asas dinamika guru :
      • bahasa melayu kini - beljar tatabahasa dan peraturan bahasa melayu. die up siket dari BM yg kite belajar ms sekolah dulu. kalu belajar ni baru faham mcmane bahasa melayu tu dicipta..kenapa jadi mcm ni kenapa jadi macam tu..kenapa kite xleh camni dan kenapa xleh jadi camtu
      • pengurusan sumber -  belajar pasal teknologi maklumat dlm pendidikan.. die ajar2 bende comp supaya kite tak ketinggalan dlm ict ni.. student2 skrg ni bab2 komputer and teknologi ni x leh kalah.. die juga ada ajar bende2 berguna..cth camne nk wat soalan test yg student leh jawab online..camne nk wat analisis data markah student, camne nk buat website untuk kegunaan/rujukan/ tutorial utk2 student belajar
      • pendidikan islam -  macam biasa..mengupas isu2 dlm agama..tauhid, aqidah, fikah, ibadah dan akhlak
      • tamadun islam - (x pasti camne bende ni..tp kalau masa kat uni anda pernah amik subjek ni, anda tak perlu amik lg..bole transfer kredit)
      • pendidikan negara bangsa malaysia - belajar ke arah mempupuk sifat cintakan negara dan perpaduan..siapa pernah pergi btn.lebih kurang la tu. belajar sejarah malaysia dan ancaman2 pada negara kte..
      • pendidikan alam sekitar - tujuannya adelah supaya kite dapat mengajar alam sekitar merentas kokurikulum kpd pelajar..pelajar sekarang kurang motivasi..so kita nak pupuk student kita supaya alert dgn isu alam sekitar regardless which subjects you are gonna to teach
      • pendidikan jasmani - kita akan diajar bagaimana untuk mengajar student2 pjk secara betul2, bukannye bg bola 1 kt tengah n kite duduk bawah atap.
2. pengetahuan dan keterampilan ikhtisas:
      • ilmu pendidikan - kita akan belajar teori pembealjaran dan sejarah pendidikan kebangsaan dan teknik2 pengawalan kelas.. mmg banyak membaca dan byk yg perlu dibaca..boleh jadi method yg berkesan untuk pesakit insomnia utk tido secara normal. subjek ini akan diuji dalam peperiksaan akhir
3.pengetahuan, keterampilan & pengurusan
      • major -subjek utama yg akan diajar di sekolah nnt. kita akan revise balik silibus dan akan ade micro/macro teaching.kite kene wat lesson plan, alat bantu mengajar dan kita akan diajar teknik2 menyampaikan idea supaya student dapat grab dan faham. subjek ini akan diuji dalam peperiksaan akhir.
      • minor - subjek pilihan yang mungkin akan diajar di sekolah diatas..belajar sama je ngn major cume dia carries less kredit hour dan subjek ini tidak diuji dalam peperiksaan.
4. Gerak kerja kokurikulum

      • persatuan - macam kat sekolah..tp kali ni kita akan belajar teknik mengajar.. macam kt ipg ni..xde persatuan..die ganti dgn permainan..
      • unit beruniform - setiap pelatih wajib menjalani perkhemahan mana2 unit beruniform yang telah dipilih/ditentukan
      • sukan - spesifiknya olahraga. olahraga termasuklah acara balapan dan acara padang. subjek ini diajar bukan untuk melatih pelatih menjadi atlit, tetapi dalam subjek ni, kita akan diajar cara larian yang betul dan bagaimana untuk develop skill student2 kita yang berpotensi untuk menjadi atlit. tp seperti biasa la..untuk mengajar kite belajar.. so tua ke muda ke, kurus ke gemok ke..anda kena la lari2 tu dengan teknik yg telah diajar.
5. Praktikum  -  perlu menjalani praktikum selama 12 minggu dan dalam tempoh ini anda akan dibimbing oleh guru pembimbing sekolah tersebut dan akan diperhatikan oleh lecturer anda. biasanya praktikal anda adelah di sekolah2 yang berhampiran dengan institut anda sbb akan memudahkan lecture datang melawat dan menjimatkan cost..


subjek yg akan diuji dalam exam akhir adelah MAJOR dan ILMU PENDIDIKAN.. subjek2 lain dinilai melalui kerja kursus pendek atau dgn kata lain kerja yg bertimbun tanpa ade exam..huhuhu.


sekian, terima kasih..harap jelas dan memberi info yg berguna kepada sesiapa yg memerlukannya.


Michiko Pieces

Sunday, February 13, 2011

kenapa perlu pilih guru sebagai isteri anda

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.



5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)



Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).


Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu



2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.


Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.


Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.


4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.
Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.


Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.< Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.
Aku : Amboi kau.
 

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan.

taken from facebook. thanks for sharing

Michiko Pieces