Pages

Friday, March 4, 2011

struktur kpli

kali ni nak cerita benda2 yg dipelajari semasa KPLI ni untuk panduan rakan2 yang ade intention untuk memohon KPLI satu hari nanti..

struktur kursus perguruan  KPLI ni ade 5 part:
  1. asas dinamika guru :
      • bahasa melayu kini - beljar tatabahasa dan peraturan bahasa melayu. die up siket dari BM yg kite belajar ms sekolah dulu. kalu belajar ni baru faham mcmane bahasa melayu tu dicipta..kenapa jadi mcm ni kenapa jadi macam tu..kenapa kite xleh camni dan kenapa xleh jadi camtu
      • pengurusan sumber -  belajar pasal teknologi maklumat dlm pendidikan.. die ajar2 bende comp supaya kite tak ketinggalan dlm ict ni.. student2 skrg ni bab2 komputer and teknologi ni x leh kalah.. die juga ada ajar bende2 berguna..cth camne nk wat soalan test yg student leh jawab online..camne nk wat analisis data markah student, camne nk buat website untuk kegunaan/rujukan/ tutorial utk2 student belajar
      • pendidikan islam -  macam biasa..mengupas isu2 dlm agama..tauhid, aqidah, fikah, ibadah dan akhlak
      • tamadun islam - (x pasti camne bende ni..tp kalau masa kat uni anda pernah amik subjek ni, anda tak perlu amik lg..bole transfer kredit)
      • pendidikan negara bangsa malaysia - belajar ke arah mempupuk sifat cintakan negara dan perpaduan..siapa pernah pergi btn.lebih kurang la tu. belajar sejarah malaysia dan ancaman2 pada negara kte..
      • pendidikan alam sekitar - tujuannya adelah supaya kite dapat mengajar alam sekitar merentas kokurikulum kpd pelajar..pelajar sekarang kurang motivasi..so kita nak pupuk student kita supaya alert dgn isu alam sekitar regardless which subjects you are gonna to teach
      • pendidikan jasmani - kita akan diajar bagaimana untuk mengajar student2 pjk secara betul2, bukannye bg bola 1 kt tengah n kite duduk bawah atap.
2. pengetahuan dan keterampilan ikhtisas:
      • ilmu pendidikan - kita akan belajar teori pembealjaran dan sejarah pendidikan kebangsaan dan teknik2 pengawalan kelas.. mmg banyak membaca dan byk yg perlu dibaca..boleh jadi method yg berkesan untuk pesakit insomnia utk tido secara normal. subjek ini akan diuji dalam peperiksaan akhir
3.pengetahuan, keterampilan & pengurusan
      • major -subjek utama yg akan diajar di sekolah nnt. kita akan revise balik silibus dan akan ade micro/macro teaching.kite kene wat lesson plan, alat bantu mengajar dan kita akan diajar teknik2 menyampaikan idea supaya student dapat grab dan faham. subjek ini akan diuji dalam peperiksaan akhir.
      • minor - subjek pilihan yang mungkin akan diajar di sekolah diatas..belajar sama je ngn major cume dia carries less kredit hour dan subjek ini tidak diuji dalam peperiksaan.
4. Gerak kerja kokurikulum

      • persatuan - macam kat sekolah..tp kali ni kita akan belajar teknik mengajar.. macam kt ipg ni..xde persatuan..die ganti dgn permainan..
      • unit beruniform - setiap pelatih wajib menjalani perkhemahan mana2 unit beruniform yang telah dipilih/ditentukan
      • sukan - spesifiknya olahraga. olahraga termasuklah acara balapan dan acara padang. subjek ini diajar bukan untuk melatih pelatih menjadi atlit, tetapi dalam subjek ni, kita akan diajar cara larian yang betul dan bagaimana untuk develop skill student2 kita yang berpotensi untuk menjadi atlit. tp seperti biasa la..untuk mengajar kite belajar.. so tua ke muda ke, kurus ke gemok ke..anda kena la lari2 tu dengan teknik yg telah diajar.
5. Praktikum  -  perlu menjalani praktikum selama 12 minggu dan dalam tempoh ini anda akan dibimbing oleh guru pembimbing sekolah tersebut dan akan diperhatikan oleh lecturer anda. biasanya praktikal anda adelah di sekolah2 yang berhampiran dengan institut anda sbb akan memudahkan lecture datang melawat dan menjimatkan cost..


subjek yg akan diuji dalam exam akhir adelah MAJOR dan ILMU PENDIDIKAN.. subjek2 lain dinilai melalui kerja kursus pendek atau dgn kata lain kerja yg bertimbun tanpa ade exam..huhuhu.


sekian, terima kasih..harap jelas dan memberi info yg berguna kepada sesiapa yg memerlukannya.


Michiko Pieces

No comments: