Pages

Friday, December 9, 2011

interview PTD, oh bukan PTD tp SPP

Hari Rabu lepas aku dah diinterview oleh SPP.. apa tu SPP? ramai yang tanya.. tapi lepas keluar dari bilik interview aku boleh simpulkan SPP interview ni mcm PTD interview.. hahahahaha.. speechless


kebanyakkan yang tak tau spp ni mesti bukan dtg dari dunia pendidik..


spp stands for suruhanjaya perkhidmatan pendidikan. panel2 yang terlibat akan menilai sejauh mana kesesuaian anda untuk dilantik menjadi penjawat awam untuk jawatan yg dipohon.. kalu guru memang jawatan DG la.. kalu lecturer lain plak kod jawatan tu.. selalunya dengar org yang sudah berkhidmat menjadi penjawat awam akan sah jawatan dalam tempoh paling lama 3 tahun. dalam tempoh 3 tahun, mereka kena setelkan induksi dan interview ni. apa yg aku dengar2 kalau tak pass interview x dpt elaun yg kerajaan bg.. tapi in my case, diorg buat before masuk berkhidmat dalam kerajaan. so agak2 kalau semua kawan2 dah posting tp anda belum dapat2 lagi posting tu, agaknye tak lepas la kot interview tu..hahaha


btw, aku mohon utk jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan DG41. tp ni ikot sistem lama.. skrg guru kan dah ada sistem baru. SBPA. aku tak tau die akan ganti apa dgn perkataan DG tu. tp ape aku tahu sbpa ni time based. huhu.. nntkan jela bile diorg announce officially.


pagi rabu tu seawal 7 pagi aku dah ade kt ipgkti. kene dtg awal, traffic jb tu bukan nye leh caya.. salah time mmg jumpe la jem..huhu.. interview start 7.30am. mmg neves.. format baru spp dia interview in group.. sekali masuk 6 orang. 


tgk panel yg datang serious gerun. sorg singh sorang melayu. muke diorg menakotkan!!!!!


bile tgk cop diorg. yg singh tu ketua SPP bhg interview n yg melayu tu penolong ppd. ok fine. muke pucat lesi kot..


ada 2 bilik, n nasibku malang sbb kene bilik no 1. bilik no 1 die tnye soklan pelik2 n bilik 2 soalan die mencapah kepada dunia pendidikan...


aku pasrah je. kalu tak lepas, interview lg thun dpn.


first masuk dia chek kuku, name tag guru, name tag ipgkti, blazer n kasut..


lepas tu die start tanya soalan pengetahuan am..


1. headline news straits time pagi ni.


wth. aku tak baca pon!!! aku smpt tgk utusan jeeeee.. dia tak nak akhbar melayu.. damn


dia ganti dgn soalan headline akhbar the star semalam.


oh mtk maaf saya pun tak baca. sy baca akhbar kosmo semalamnye..hahahahhaa


2. bila tambak johor dibina


damn aku lg tak tau.. hahaaha. takde la aku nk amik tau bende2 tu kan..hahhaa


3. apa yang berlaku pada 30 jun yg menyebabkan hari tersebut menjadi hari dalam sejarah


soklan spot!! aku lupe nak cari!!! hahaha dah miss 3 soklan


4. kenapa subjek bi x jadi subjek wajib lulus dalam spm.


ok soklan ni bole goreng


5. berapakah bilangan polis yan g meronda dari bukit kayu hitam hingga ke lahad datu?


aku tak tau figure. aku tau hafal 6 nkra tu je!! hahha


6. bilakah kerja kursus PMR dilaksanakan dalam kurikulum


hahaha aku hentam jawab time kbsm dilaksanakan.. tak tau betul ke tak


7. syarat2 mendapat buku SPBT


ni pun hentam jugak..hihihi


8. bagaimana menegur guru yang merokok di kawasan sekolah


 oklah, kawan lain yg byk bg idea


9. berapakah peruntukan yg diberikan oleh kerajaan kepada individu yang nak buka tadika.


jawapan die 10ribu ok


10. setiap sekolah akan diberikan peruntukan utk dibelanjakan dalam panitia masing2. apakah short term peruntukan tersebut dah dia bermula dengan 3 huruf


sumpah tak tau.. ahaha.. tp jawapan die PCG


11. bilik peperiksaan adalah bilik utk menyimpan kertas2 soalan dan diketuai oleh setiausaha peperiksaan. baru2 ini dah ditukar nama.. apakah nama tersebut..


bilik kebal ke??


SERIUS Xboleh jawab sume soalan dia bagi. actually ada lg soalan die tnye tp dah tak ingt sbb sume pon tak dapat jawab!!! hahahaha.. dalam tu byk sengeh n dgr die bebel, brainwashing kitorg.. mcm kitorg panel die plak org yg kene interview. n dia lg byk bercerita n bercakap dari kami. seriusly kitorg 6 org x dpt jawab soalan die langsung. kecuali yg leh goreng2 tu la.. takda langsung tnye falsalfah pendidikan guru ke, pengurusan bilik darjah ke apa ke mcm soalan dalam bilik 2.. adoiiii.. hahaha tp santai je la duk bilik 1 tu.. gelak je byk2..diorg pn sempoi je cam sembang2 kedai kopi. tp mmg kelakar soalan2 dia sume pon xleh jawab..


xtau nak cakap leh lulus ke x? haha lantak lah. kalu fail, maknanye enam2 dari kami fail la.. n sume yg masuk bilik tu..haha


bile balik cerita dgn abang aku, die gelak je, die kata soklan2 org tu bg lebih kurang cam soklan interview PTD die.. haha then baru aku faham kenapa die bebel2 ngn aku lepas kene interview tu.. ahaha




takpelah.. yg penting aku tak nyesal sgt sbb tak pulun sgt baca nota aritu sbb mcm da malas bile lepas abes exam.. kalau ade rezeki ada lah kan..huhu

No comments: