Pages

Monday, September 13, 2010

rayeeeee!!

tahun ni raya paling best!! tambah2 dah ada transportation sendiri, memang tak lekat rumah la kan.. probably this will be my last raya here, so i wanna enjoy it to the fullest.. kenyang, ngantuk dan penat macam mana pun, tetap berderat jugak..tak kira.. walaupun hanya makan kuuih raya.. memang tak nak duduk rumah.. if this is my last raya so i wont regret it coz i have really enjoyed it..hari ini raya keempat, baru berehat kat rumah..merehatkan perut plak.. hoho.. tengoklah kalau nak terjah rumah sapa2..hehe

dan tahun ni juga dpt sembahyang raya kat CIC dengan aman.. yelah, ada transport sendiri so dapat la pergi awal.. sebelum ni asyik mengikut orang lain je..tahun ni orang ikut kita plak.. no matter what, i want to arrive there early! tak peduli kalau org yang mengikut tu bgn lambat ke siap lambat..i dont care...huhu


8.45 solat sunat hari raya..menyelinap kat saf depan..khusyuk siket, kalau saf belakang budak2 kecik bising la..huhu.. lepas tu dengar khutbah raya.. this is the first time ever dengar khutbah dlm english.. that wasnt bad at all! i can understand every single word he said.. best cara penyampaiannya, clear pronounciation and penuh content. brother Jamal (kalau tak silap) yang sampaikan.. dia adalah english man ( not new zealander) yang convert kepada islam.. memang best!! dan content dia termasuklah pasal gempa bumi.. sebak rasa mendegar khutbah dia..





lepastu ada tahlil.. habis je tahlil, kami disuruh keluar sebab second batch nak solat raya.. huuu ramai jugak datang CIC ni..macam2 nationality ada..


tak lama tu, kami pun melantak, tapi menu CIC tahun ni tak mewah.. mungkin semua hilang mood nak raya sebab gempa kot.. makan mee goreng dan meehun je..tapi pagi sebelum pergi CIC dah melantak semangkuk nasi himpit.. buat alas perut...hehe


tahun ni rajin jugak berbuka puasa kat CIC, so kenal dah akak2 postgrade ni, diorg memang cool, paling penting masak best dan sedap!! huhu tq kakak2 semua, korang memang terbaik, ada rezeki kita jumpa lagi.. diorang pun maybe last year here :(



..ME IN PINK...
tema tahun ni, tahun lepas dan tahun sebelumnya juaa..haha


siap bersalaman semua, beransurla pulang,  sempat ambik gamba kat park depan CIC


rumah pertama kami terjah, rumah boya etc.. diorang buat nasi himpit juga.. tapi tak makan la..rasa kuih diorang je, home made ok.. mantap..


lepas tu ramai2 nak serbu rumah kitorang, uish dah la tak siap pape lagi, cepat2 text housemate bagtahu diorg nak dtg..kelam kabut jadinya..haha.. menu tahun ni ada nasi himpit, kuah lodeh, ayam masak merah, rendang daging dan kuah kacang..menu utk tetamu mee bandung, kek batik dan kuih raya..hihi


pergi rumah jiran sebelah, menu mee sup ayamm..sedap!!



bergerak ke rumah teha..makan nasi tomato..memang dari aritu mengidam ok.. masa ni budak lelaki tgh solat jumaat, so memang leh belasah abis2an la..hihi


solat zuhur, then pkul 2 gerak gi rumah junior 1st year, diorang wat open house, menu dia nasi himpit dengan rendang aftershocks.. rendang die somehow mmg sedap, gile ar, pandai wat


selesai di situ, bergerak ke rumah aimi sebab menu die pun boleh tahan..ada roti jala, kuzi ( masakan ayam dari kelantan kot) dan lemang! tu yang mahal tu..hihih..tp sibuk sangat makan takde gamba la plak..ada dgn kucing diorang je.. masa tu perut dah nak meletup dah..haha


uuuuuu.. berehat sebentar, gi tido kejap..pagi bangun awal, ngantuk dan penat bila petang..lepas perut dah rasa ok, baru tido..hehehehehe..bgn utk solat asar..malam tu ada tetamu datang, layan kejap jelah coz not my fren pn, pandai2 la kawan die layan kan.. gi rumah junior girl 1st year..dinner kat situ...sedapp..nasi + ayam tandori..mmg terbaikkkkk


pastu pergi rumah kak ummu, dia ajak datang umah..makan soto ayam..wah2 sedap gila sup yang  kak ummu wat..plus ada kek lapis sarawak buatan kak yatt sendiri.. makan sambil layan cerita sepi.. takda gambar la plak..huhu..

lepas tu balik la..rest kan perut, pkul 12 tidur..huhu..esok ada banyak rumah kene serbu ni..hehe tbc

Michiko Pieces 

Sunday, September 12, 2010

salam raya


SALAM AIDLIFITRI DARI KAMI
norazah & ab rahman
andai ada salah silap sengaja atau tak sengaja, harap dimaafkan
halalkan makan minum..

jemputla dtg rumah 5 thn lg..hahaha


Michiko Pieces 

Thursday, September 9, 2010

sebulan

cuti tambah seminggu lg
lectures start 20hb
kiranya dah sebulan cuti
lamenyeeee
ini gara2 aftershock 5.4 skala richter pkul 7.49 NZ time
kuat sangat gegar tu
walaupun 5.4 skala richter tp depth 6km je
mmg betul2 dekat dgn surface
masa tu tak tido lagi..
kawan2 dah tido da lepas subuh
sebelum tu pukul 7.42 dah ade gegar sekali 4.1 magnitude dgn depth 4km.. tp x lama
so buat biasa jela
7 minit kemudian gegar luar biasa plak..
lama.. 20 saat
panik
terus kejut kawan tido 
kitorang lari masuk bawah meja
duduk bawah meja pun still gegar lagi
risau pulak banyak sangat gegar
tp harapnya rumah ni kuat bertahan
insyaAllah amin
memang trauma skrg ni..
tido malam tak lena
selalu terjaga
ya Allah ku mohon perlindunganMu

Michiko Pieces  

moreh+pizza+flatmate=6sept

tq flatmate n jiran sudi belanja makan pizza
huhu
tak dijangka lgsg
tak sangka sgt baik hati mereka
kenyang2 lepas berbuka pun terpaksa sumbat jugak pizza
pastu sahur esoknya tak bangun!
hahaha 1st time tak terjaga sahur
ade gegar pkul 3.29am pun tak sedar
adeh



sesi melantak pulak



i like that homemade garlic bread and mushroom soup.. sebat yg tu dulu.. lagi menarik dari pizza..hoho



tamat
masuk tido
collapse
membuta sampai tak bangun sahur
ayoyo

Michiko Pieces